background

Friday, September 30, 2016

Hantaran Serba Biru

Star Q




Ini satu lagi gubahan yang sebahagian bekas hantarannya telah dibeli oleh bakal pengantin.  Beliau sendiri inginkan bekas ini kerana sangat 'trending' sekarang menggunakan kayu 'palette'.  Penulis ikut sahaja permintaan bakal pengantin.

Bakal pengantin berhajat agar semua hiasan gubahan untuk bekas hantaran ini seboleh-bolehnya temanya serba biru.  Tidak ada masalah dengan permintaan itu kerana penulis sendiri memang minat dengan warna biru.  Apa lagi amat mudah untuk menggabungkan warna biru dengan warna-warna lain.

Satu lagi permintaan bakal pengantin ialah semua hantaran hendaklah disusun dan disematkan dengan rapi kepada bekas hantaran.  Ini kerana majlis akad nikahnya agak jauh dan beliau tidak mahu barang-barang hantaran terjatuh dari bekas hantaran dalam perjalan kerumah pengantin perempuan.

In syaa Allah, jika di bawa dengan cermat, tidak ada barang hantaran yang akan terjatuh dan terkeluar dari bekas hantaran.

Friday, September 23, 2016

Hantaran buat Perajurit

Star Q



Bekas hantaran yang tertera dalam gambar ini adalah bekas yang buat dari kayu dan siap berukir dengan ukiran yang cukup cantik.  Malah ketika bakal pengantin meminta agar bekas hantaran ini digubah, penulis merasakan bekas-bekas kayu berukir tersebut sudah cukup cantik tanpa hiasan lain.

Bagi memenuhi hasrat bakal pengantin, penulis bertanya tema majlis beliau.  Maka dari tema majlis tersebut, penulis telah rangkaikan bunga-bunga yang mudah tapi manis, yang tidak merosakkan kecantikan kotak bekas hantaran itu sendiri.

Paling penting, gubahan ini sangat ringkas kerana barang-barang hantarannya tidak perlu digubah.  Bakal pengantin meminta diletakkan sahaja di dalam kotak.  Mungkin beliau mengenangkan hantaran tersebut perlu melalui perjalanan yang jauh ke rumah pengantin perempuan.